13 Disember 2009 (Ahad) bersamaan 26 Zulhijjah 1430
(Hari ke-3 di Madinah)
Bersolat di barisan hadapan di tingkat bumbung Masjid Nabawi
13 Disember 2009 (Ahad) bersamaan 26 Zulhijjah 1430
(Hari ke-3 di Madinah)
Bersolat di barisan hadapan di tingkat bumbung Masjid Nabawi
12hb.Disember 2009 (Sabtu.) bersamaan 25hb Zulhijjah 1430
Pemandangan di luar Masjid Nabawi pada waktu malam
Tiang-tiang yang besar menguncup dan mengembang membentuk payung besar yang meneduhkan persekitaran di luar Masjid Nabawi
Suasana teduh ….
Di Madinah, Jemaah kami (KT66) ditempatkan di Hotel Al Haram,hanya beberapa meter sahaja dari salah satu pintu besar Masjid Nabawi.Semasa ” check in” di hotel,azan Asyar bergema tetapi kami tidak terus ke masjid kerana urusan memunggah beg dan sebagainya belum selesai Kami mendirikan solat jama’ akhir di hotel.
Pemandangan yang menghala ke Makam Rasulullah SAW(Di bawah kubah hijau)
Pancutan air di kota Madinah
Di lewat senja itu ,pertama kali kami melangkah menuju Masjid Nabawai untuk mendirikan solat maghrib dan Isya’.
Cuaca sejuk dan sehubungan itu aku terpaksa mengenakan jeket.kami terpegun melihat keindahan Masjid Nabawi. Sejuk mata kami melihat persekitaran yang cantik dan sejuk juga hati kami merasai kelainannya. Tersentuh betul melihat keunikan binaan luaran dan dalaman.Tiang-tiang yang beribu jumlahnya, Besar dan dihiasai warna keemasan,.Lampu- yang tergantung,cantik dan beraneka bentuk..Lantai mesjid keseluruhannya ditutupi permaidani. Angin sejuk berhembusan keluar dari bahagian bawah tiang-tiang besar
Suasana sungguh nyaman dan tenang!
Sesugguhnya, semasa sujud dilantai masjid buat pertama kalinya ,amat terasa yang diri ini kerdil dan pasrah kepada ketentuan Allah.
Sejuknya Madinah ketika itu,terutamanya di waktu mendirikan solat subuh.Jiwa kami jadi lebih tenteram dan mudah tersentuh.
Allahhuakbar!
Keindahan Masjid Nabawi pada waktu malam bermandikan
cahaya lampu
Dan yang paling terhibur adalah bila dapat bertemu dan saling kenal mengenali dengan jemaah haji dari negara-negara lain seperti dari Turki.Algeria,Bangladesh,India,Mesir ,Indonesia ,Thailand , Pakistan., dan Morocco .Allahlah yang mempertemukan kami.!
Sayangnya, aku tidak berkesempatan merakam semuanya dengan kameraku.
Inilah suasana di luar Masjidi Haram di hari-hari terakhir kami di Makkah.Nampak jelas keindahan Masjidi Haram dalam sinaran lampu .
Suasana di luar Masjidi Haram setelah selesai solat
Inilah suasana semasa para jemaah berjalan pulang ke penginapan masing-masing.Tidak terdapat sauasana begini di tempat lain dimuka bumi ini.
Bergambar kenangan di Hotel Safwah bersama Saudara Manzlei ,saudara Nasrom dan saudara Amir .Ini adalah kunjungan dan pertemuan akhir kami dengan Encik Li.
Suasana di Bukit Sofa,para jemaah berasak-asak melaluinya.Kami hanya sempat melihat suasana begini dari tingkat satu.
Gambar kenangan di dataran Masjidi Haram pada sebelah malam.
Setelah mendapat izin dari ibunya,aku merakamkan dua anak comel ini (dari Iran) ketika aku keluar membeli belah lewat malam di saat-saat terakhir.
Bersama rakan-rakan jemaah di lobi hotel menunggu di saat untuk berangkat ke Medinah.
Di hadapan pintu King Abd Aziz
Kepenatan sesudah selesai tawaf dan terlena dipangkuan suami
Kami melakukan Tawaf Widak pada jam 3.00 pagi .Setelah selesai solat subuh (Dihotel) dan mengambil sarapan pagi,kami menunggu di ruang lobi dan tepat pada jam 8.30 pagi kami berangkat dengan bas meninggalkan hotel Dar-Al Jandariah.
Tengah hari itu kami sudah pun berada di padang pasir menuju Madinah !
Di dalam khemah di Mina
Hari ke 16
Kami telah pun berada di Mina,dan pada tengah malam (Jam 2.-30 pagii) dengan dipandu oleh petugas-petugas LTH ,kami ke tempat melontar..,Jaraknya ialah 3 kilometer lebih. Keadaan dalam terowong menghala ke tempat melontar penuh sesak,tetapi perjalanan lancar dan tidak ada gangguan..Kami melontar di Jamrah Kubra. l
Di dalam terowong
Esoknya (pagi Jumaat)selepas solat subuh (7.30 pagi) kami ke tempat melontar untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah iaitu di Jamrah Sughara,usata dan Kubra.
Menuju ke tempat melantar
Pada awal pagi sabtu, (11hb Zulhijjah) jam 6.45 pagi kami terus pergi melontar di ketiga-tiga jamara buat kali kedua .dan begitulah juga pada awal pagi esoknya (Ahad, 12 Zulhijjah) kami melakukan lontaran ketiga di kesemua Jamrah.
Dalam kawasan melontar
Kami telah mendaftarkan diri untuk Nafal Awal dengan pihak Tabung Haji,dan sekembali ke ke khemah kami bersiap-siap untuk meninggalkan Mina dan pulang ke Makkah.
Tapat jam 10 pagi kami bertolak meninggalkan Mina dan tiba di hotel penginapan di Makkah pada jam 11.30 pagi.
13 zulhijjah,1430bbersamaan 30hb November.2009 (Isnin)
Kami tidak ke Mesjidi Haram hari ini (aku kuarang sihat) dan berehat di hotel sepanjang hari.Namun mulai jam 9.00 malam kami bersiap sedia untuk ke Masjidi Haram bagi melaksanakan Tawaf Ifadah dan Sa’ie .Dengan izin Allah, mulai dari jam 9.30 malam sehingga 2.30 pagi , kami telah meyempurnakan Tawaf dan Sa,ie . .Kami sudah bergelar Haji dan Hajjah ! ,.Syukur Alhamdullillah !
Di sepanjang masa kami berada di Mina,kami menempuh berbagai dugaan.Semuanya memerlukan kesabaran serta toleransi sepenuhnya
Antaranya:;
Di dalam khemah jemaah wanita
Disamping itu terdapat juga peristewa manis yang kami alami;
Dalam perjalanan pulang ke khemah
Dialam perjalanan pulang ke khemah aku tertanya-tanya isterku, adakah “orang ” tadi manausia atau pun melaikat. Allah sahaja ayang Maha mengetahui!
Allah Maha penyayang !
Perjalanan Menuju Arafah
8 Zulhijjah 1430 bersamaan 25hb November,2009 (Rabu)
Kota Makkah tidak mengalami banjir sebalik nya ia bedrlaku di Jeddah .Mengikut khabar, air naik sehingga dua meter.Ramai yang diberitakan terkorban..
Pada jam 2.50 petang kami telah siap dengan pekaian ihram untuk ke Arafah.Tepat pada jam 5 petang kami meninggalkan hotel untuk menuju Arafah. Kami semua tiba di Arafah pada jam 7.00 malam .Aku di tempatkan di Khemah 68L.Isteriku di khemah 81P di sebelah belakang.
Dalam khemah di Arafah
Di tepi khemah 81P
Alhamdullillah,hujan sepanjang hari telah menjadikan Arafah dingin dan sejuk pada malam itu.Suasana itu cukup kondusif untuk kami melakukan ibadat sepanjang malam.-
Esoknya (Khamis) adalah Hari Wukuf di Arafah.
9 Zulhijjah 1430 bersamaan 26hb November 2009 (Khamis)
Hari ini ,Hari Wukuf di Arafah..Selesai solat Subuh berjemaah,kami dihidangkan dengan nasi lemak, telur dan sebiji buah epal.
Menjelang waktu Zohor ,para jemaah tepaksa berbaris untuk memasuki tandas.,dua jam lebih awal. Kesabaran semuanya diuji.
Solat Zohor berjemaah, secara jamak taqdim dan mendengar dua khutbah ..
Berdoa selerpas waktu asar
Kemuncak di Arafah ialah apabila berada di pertengahan waktu antara asar dan maghrib di mana para jamaah keluar untuk berdoa.Aku dan isteri memilih tempat yang agak tinggi sedikit dan berdoa mengikut keperluan yang telah diatur awal-awal lagi Tiada bahasa hendak aku lukiskan perasaan. Terasa sungguh hiba dan
Ya,Allah terasa kerdil dan lemahnya aku. Kami menangis.Adakalanya terisak bagai anak kecil. Hanya memohon keampunan,rahmat dan pelepasan dari api neraka. Allahhuakbar.!
Satu ketika ,dikala kami berdoa aku menatap sekumpulan awam yang berarak kearah kami.Ia kemudian berubah menjadi dua bentuk yang (bagi ku ) sungguh luar biasa. Allah sahaja yang Maha mengetahui
Dua bentuk awam yang terjadi
Aku mencapai kamera dan membuat “shot” secara sepontan.
Bermabit di Muzdalifah.
Bermalam di Muzdalifah
Pada jam 6.00 petang kami dah bersedia untuk ke Muzdalifah dan tiba di sana pada jam 7.30 malam.Kami semua berhimpun dan duduk di situ lebih kurang empat jam sebelum berangkat lagi ke Mina.
Tertidur keletihan
Lautan manusia ,semuanya berembun dan sebahagian besar jemaah berbaring ,berzikir ,berdoa dan ada yang tidur nyenyak selepas masing-masing mengutip anak-anak batu di pesekitaran bagi tujuan melontar di Mina nanti.
Lautan manusia di Muzdalifah
Aku melihat beberapa orang jemaah diusung keluar dari kawasan sesak oleh petugas-petugas.
Pada jam 12.30 tengah malam,kami meninggalkan Muzdalifah, untuk menuju ke Mina ,lapan kilometer jauhnya.
Kenangan di Arafah
Arafah dan Muzdalifah ,walaupun telah berada jauh di belakang,tetapi semua kenangannya masih melekat dihati kami.
23hb November,2009 (Isnin)
Hari ini juga kami ada temujanji dengan seorang kenalan baru,saudara Nasrom. Beliau adalah seorang guru,seorang pengusaha jualan kereta di Kota Bharu. dan juga rakan karib anak kami semasa di sekolah dulu.
Selesai sahaja solat subuh kami menuju ke Hotel Al Safwah. di mana temujanji telah di atur..Kira-kiranjam 7.15 pagi.kami menemui saudara Nasrom…
Dengan kedua-dua kenalan ini kami banyak berkongsi pengalaman dan maklumat.
Banyak yang kami selami dari mereka berdua tentang”erti kehidupan” .
Di tanah suci,persahabatan banyak membuahkan rasa kekeluargaan. Ternyata lebih jauh dari itu, ia mengandungi nilai-nilai kemanusiaan dan keimanan.
Satu sama lain saling perlu memerlukan .
Sebagai seorang manusia biasa, aku juga tidak dapat lari dari menerima atau menjalin persahabatan.
Justeru itu aku dapat alami rasa persaudaraan yang kental
Inilah yang membuatkan aku seringkali lupa akan kepentingan diri !
Minggu ke -2.
20hb,Nobembeer,2009 (Jumaat)
Keadaan ketika para jemaah melakukan tawaf
Itu lah pertama kali aku bersimpuh betul-betul di hadapan kaabah..
Inilah saat ketika Iman sedang membaca khutbah
Suasana setelah selesai solat Jumaat
Pemandangan diluar Msjidi Haram.
Para jemaah berpusu-pusu menghala ke kediaman masing-masing
Perjalanan pulang ke hotel.Orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan.