Menggamit kesabaran di Mina

                                             Di dalam khemah di Mina
Hari ke 16

10hb Zulhijjah,1430 , bersamaan 27.November,2009 (Jumaat)

          Kami telah pun berada di Mina,dan  pada tengah malam (Jam  2.-30 pagii) dengan dipandu oleh petugas-petugas LTH ,kami ke tempat melontar..,Jaraknya ialah 3 kilometer lebih. Keadaan dalam terowong menghala ke tempat melontar penuh sesak,tetapi perjalanan lancar dan tidak ada gangguan..Kami melontar di Jamrah Kubra.                 l

                                        

                                          

                                                        Di dalam terowong
          Esoknya (pagi Jumaat)selepas solat subuh (7.30 pagi) kami ke tempat melontar untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah  iaitu di Jamrah Sughara,usata dan Kubra.
                           

                                                 Menuju ke tempat melantar
          Pada awal pagi sabtu, (11hb Zulhijjah) jam 6.45 pagi kami terus pergi melontar di ketiga-tiga jamara buat kali kedua  .dan begitulah juga pada awal pagi esoknya (Ahad, 12 Zulhijjah) kami melakukan lontaran ketiga di kesemua Jamrah.

                                               Dalam kawasan   melontar                                    

          Kami telah mendaftarkan diri untuk Nafal Awal dengan pihak Tabung Haji,dan sekembali  ke ke khemah kami bersiap-siap untuk meninggalkan Mina dan pulang ke Makkah.

          Tapat jam 10 pagi kami bertolak meninggalkan Mina dan tiba di hotel penginapan di Makkah pada jam 11.30 pagi.
                                                  
   13 zulhijjah,1430bbersamaan 30hb November.2009   (Isnin)

           Kami tidak ke Mesjidi Haram hari  ini (aku  kuarang sihat)   dan berehat di hotel sepanjang hari.Namun mulai jam 9.00 malam kami  bersiap sedia untuk ke Masjidi Haram bagi  melaksanakan Tawaf  Ifadah dan Sa’ie .Dengan izin Allah, mulai dari jam 9.30 malam sehingga 2.30 pagi , kami telah meyempurnakan Tawaf dan Sa,ie . .Kami sudah bergelar Haji dan Hajjah ! ,.Syukur Alhamdullillah !             
                                                                                                           
            Di sepanjang masa kami berada di Mina,kami menempuh berbagai dugaan.Semuanya memerlukan kesabaran serta toleransi sepenuhnya
                                                                                
             Antaranya:;

                                 

                                               Di dalam khemah jemaah wanita

  •   Berkongsi ruang yang terhad di khemah  untuk limabelas orang jemaah.
  •   Berada dua jam lebih awal di bilik tandas untuk mandi dan berwuduk dan terpaksa berbaris  menunggu giliran.Masa yang diperuntukkan ialah di antara 1 hingga 3 minit. 
  •    Terpaksa menjemput dan menemani isteri untuk ke bilik air setiap waktu (beliau sukar  mengingati  arah khemah penginapannya.)
  • Ada kalalanya terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air dalam botol kecil.
  •    Berjalan kaki sejauh lebih 3 kilomeeter untuk  ke tempat melontar.
  •    Menghadapi risiko berhadapan dengan penyeluk saku.(Isterikau kehilangan handfonnya ketika pulang dari melontar angkara penyeluk saku)          

 
         Disamping itu terdapat juga peristewa manis yang kami alami;

                                                Dalam perjalanan pulang ke khemah

  •    Suatu ketika ,semasa kami menuju ke tempat melontar dan berada lebih kurang 100 meter dari jamrah pertama,aku menghitung anak-anak batu di dalam pundi kain di tangan,dan setelah  21 biji batu aku hulurkan kepada isteriku,baki yang ada aku rasai tidak mencukupi untuk aku buat lotaran.Aku jadi bimbang .
             Tiba-tiba  seorang lelaki mencuit bahu aku.Sebaik sahaja aku menoleh kepadanya ia memberi isyarat sambil menghulur   pundi kainnya yang penuh berisi batu.Aku membuka pundi kain ku dan menghulurkan kepadanya.Beliau dengan pantas mencurahkan ketulan kecil anak-anak batu sehingga memenuhi pundi kainku…Belum pun sempat aku mengucapkan terima kasih beliau telah berlalu dengan cepatnya.. Allahuakbar.! Allah Maha pengasih !

                 Dialam perjalanan pulang ke khemah aku tertanya-tanya isterku, adakah  “orang ” tadi manausia atau pun  melaikat. Allah sahaja ayang Maha mengetahui!
                        

  •   Dalam perjalanan pulang denga bas  ke Makkah dari Mina,kami berdiri kerana tiada tempat duduk..Isteriku sedikit keuzuran.Tiba-tiba seorang lelaki bangun dan memberi laluan kepada  istereiku untuk duduk.Alhamdullilah!
(Aku teringat semasa dalam perjalanan ke Arafah tempoh hari,aku bangun berdiri untuk membolehkan seorang wanita duduk di sebelah isteriku).Aku yakin Allah  terus membalas kebaikan dengan kebaikan.

                 Allah Maha penyayang  !
                
 

~ by Abu ash on February 21, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: