you….speaking English ?

13 Disember 2009  (Ahad) bersamaan 26 Zulhijjah 1430
(Hari ke-3 di Madinah)

Bersolat di barisan hadapan di tingkat bumbung Masjid Nabawi

Aku ke Masjid Nabawi awal-awal lagi dengan harapan untuk mendapat tempat yang terdekat dengan Raudhah.Alhamdullilah ,aku  mendapat tempat untuk bersolat zohor,lebih kurang sepuluh meter di belakang sebelah kanan Raudhah.Aku memilih tempat di tepi sebuah tiang untuk  mengelak dari kena himpit.
Tiba-tiba sewaktu asyik membaca Al Quraan,bahu aku di cuit orang. Aku berpaling dan seorang lelaki bersuara dengan jelas…
“Asalamualaikum..   you…speaking English ?”
” Yes !” aku menjawab ringkas
” Can you give me ten riyal..I want to buy some food.. or. you give me five riyal” beliau
menyambung kata.
Aku tergaman dan mengira-gira  langkah untuk mengeluarkan wang.kerana pada ketika itu aku memakai jubah,wang di zipkan di dada ,di dalam saku baju singlet .Lapisan ketiganya  terdapat sweeter berlengan pendek dan di lapisan keempatnya akan memakai baju sejuk. Cuaca  memang sejuk  semasa kami mula-mula sampai  di Medinah.Dengan berpakaian begitu,susah sedikit hendak aku keluarkan wang.
Malang nya ketika aku menoleh kearah lelaki itu  kali kedua,beliau telah pun menghilangkan diri.Aku rasa bersalah dan menyesal.Di saat itu juga persoalan berligar- ligar dikepala ku.Manusiakah dia atau pun melaikat….
Aku terus menadah tangan memohon keampunan dari Allah dan berharap  Allah dapat menemukan aku dengannya selepas solat nanti.Hendak aku hulurkan wang yang dimintanya .
Para jemaah sedang berasak keluar masid

Aku gagal menemuinya dan aku terus diburu penyesalan
Lewat petang itu akau bersama iateri melangkah keluar dari Hotel Al Haram menuju  Masjid Nabawi untuk menunaikan solat maghrib dan Isya.
Bersama isteri tersayang di hadapan pintu besar masjid

Sebaik sahaja   kami  melangkahi kaki lima, isteriku ku meludahkan airliurnya ke tepi jalan.Kami terkejut kerana  airliurnya bercampur dengan  darah Hampir satu cawan banyaknya. .Aku mencadangkan supaya ia pulang ke bilik hotel ,namun ia berkeras hendak terus  juga ke masjid Setelah berkumur dengan  sedikit air zam-zam yang aku bawa bersama, kami  melangkah menhju masjid…Isteriku nampak lemah sekali.Aku cukup bimbang!
Allah sahaja yang tahu perasaan hati aku.Semuanya bercampur  bimbang dan harap.
Seperti biasa , setelah selesai solat Isya,aku menunggu isteriku di ruang hadapan tandas perempuan No 4.
Tandas  No 4,tempat aku menunggu isteri setiap waktu selesai solat

Hati ku berdebar dan terasa mukaku begitu pucat apabila  tiba-tiba sebuah ambulan masuk  menuju ke arah pintu  besar para jemaah perempuan.Aku jadi serba salah.Apakah  isteriaku kah yang  akan di bawanya.? Pengsankah dia atau…..macam-macam tekateki berada di kepalaku.
Aku nampak ramai kaum wanita berkerumun di sekitar ambulan yang kemudiannya terus bergerak kelaur dari kawasan masjid.Aku kira nanti kalaulah benar sangkaanku bahawa isteriku yang di bawa pergi..Pegawai tabung haji sudah pasti menghubungi aku di hotel nanti.
Selah berada di situ hampir  tigapuluh minit, isteriku akhirnya berjalan perlahan-lahan keluar dari pintu besar menuju ke arahku.Syukur Alhamdullilah. Maklumat yang aku terima kemudian mengatakan wanita Pakistan yang di bawah ambulan tadi.
Perasaanku lega..Aku pegang tangan isteriku erat-erat.Terasa hendak aku peluknya di situ.Di saat itu air mata mencuri keluar dari mataku.Terasa betapa sayangnya  aku pada isteri.
Menuju tempat bertemu suami

Dalam melangkah menuju kembali ke hotel,aku tertanya-tanya sendirian,apakah natijahnya  berkait dengan kegagalanku memberi wang kepada lelaki tadi.Manakah yang lebih aku sayang,wang atau isteri ? Aku telah diuji !
Sesungguhnya Allah amat penyayang.Aku bersyukur kepadaNya kerana menyelamatkan kami dan kami telah banyak belajar  dari kesilapan-kesilapan yang ada.

~ by Abu ash on April 15, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: