Bersimpuh di hadapan Kaabah.

Minggu ke -2.

20hb,Nobembeer,2009 (Jumaat)

                                                             
                                      Keadaan ketika para jemaah melakukan tawaf   

        Pada jam 9.00 pagi aku sudah pun berada di Masjidi Haram. Kawasan mesjid telah hampir dipenuhi dan sekililing kaabah mulai penuh sesak.. Hasrat aku ialah untuk menunaikan solat jumaat seberapa hampir dengan kaabah.Aku terus melakukan tawaf sunat dan setelah selesai  aku memilih  ruang untuk duduk, tidak jauh dari Makam  Ibrahim. Jam baru menunjukkan pukul 10.15 pagi , ini bermakna aku mesti berada dan menempah tempat di situ untuk kira-kira dua jam setengah lagi..Aku berpanas selama itu ,Begitu juga ahli-ahli jemaah yang lain .Masing-masing telah duduk dan tidak berganjak.

                    Itu lah pertama kali aku bersimpuh betul-betul di hadapan kaabah..

       Lantai marmar ternyata sejuk,tetapi sinaran matahairi menyilaukan mata.Namun aku tidak berpeluh  dan  merasai rimas( sebaliknya kalau keadaan begini di Malaysia).  Alhamdullilah,suasana di sekeliling kaabah memang luarbiasa !
                                     
                                            Pemuda  dari Batna,Algeria ini telah meminta botol  bekalan air zam-zam aku  yang hampir kosong dan bergegas keluar. (Aku hanya sempat memberikan sedikit air zam-zam  kepada lelaki di sebelah kiriku sahaja)Lima belas minit kemudian beliau kembali dengan dua botol yang  penuh berisi  dengan air zam-zam.Satu diberikan kepada aku dan yang satu lagi kepada  jemaah yang berada di kiriku. Syukur  pada Allah atas kurniaan begini.Hatinya telah digerakkan untuk berbudi kepada orang yang lebih tua  seperti aku .Allahuakbar !

           

    

                                       
                                    Inilah saat ketika Iman sedang membaca khutbah

         Kedudukan hanya beberapa meter sahaja dari tempat aku duduk.Nada bacaan doanya menyebabkan aku mengalirkan airmata.(Meskipun aku tidak memahami maksudnya) Ya Allah…Kerdilnya aku pada masa itu .

                                        

                                          Suasana  setelah selesai solat Jumaat

                                  

                                                         
                                           Pemandangan diluar Msjidi Haram.

                Para jemaah berpusu-pusu menghala ke kediaman masing-masing

                     

                Perjalanan pulang ke hotel.Orang ramai penuh sesak  di sepanjang jalan.

                Hari itu, ketika berada di hadapan kaabah,aku benar-benar merasa malu atas dosa-dosa yang  telah aku lakukan tetapi penuh berharap kepada Allah untuk memberikan aku keampunanNya dan menerima taubatku. Sebak hatiku dan aku terus menangis.

                 Allah maha penyanyang dan sentiasa menerima taubat hamba-hambanya.

                 Itu keyakinanku.

~ by Abu ash on February 2, 2010.

4 Responses to “Bersimpuh di hadapan Kaabah.”

  1. salam ..seronok baca kisah Tanah Suci di blog ni.time kasih krana berkongsi cerita.

  2. Salam Ummi,Terima kasih kembali.Sebenarnya semua yang saya lalui dan alami ketika itu seringkali berligar-ligar dalam ingatan.Solusinya,turunkan ke blog ini!Sememangnyalah hidup ini adalah satu perkongsian

  3. salam haji,seronok baca catatan pengalaman haji. saya tunggu next entry!

  4. Salam Hajah Zainab,Terima kasih.Saya benar-benar komited untuk meneruskan en3 seterusnya.Insyallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: