Menjadi tetamu istimewa.

`      dan pada hari-hari seterusnya……….

       14hb Nobember 2009 (Sabtu), 

 
Diluar Masjidi Haram

                                      Sesudah selesai solat Subuh di tingkat ke dua
 

       Seperti hari-hari sebelumnya,kami solat subuh di tingkat satu,  Masjidi Haram.Kami keluar dari masjid dan terus menuju ke Hotel Al Safwah yang terletak  betul-betul di hadapan pintu masuk King Abd.Aziz..
                              

                                              Suasana ditingkat  atas sesudah selesai solat.

                      
        Aku,isteri, adik iparku dan anak lelakinya ingin mengambil sarapan pagi di Restoran Saji,milik Felda di tingkat satu.Malangnya tempat duduk telah di penuhi dan kami terus ke tingkat dua untuk menemui Saudara Manziie, penulis blog Pengalaman di Kota Makkah dan bertugas sebagai eksekutif house-keeper di situ.Sebaik sahaja beliau dapat kami hubungi melalui petugas di kaunter ,beliau terus  datang dari bilik penginapannya untuk menemui kami.(Kami diberitahu yang Sdr.Manzliie sebenarnya masih tidur dibiliknya),



                                   Panorama indah  ,bersama isteri di tingkat 21 hotel Al Safwah
                   
        Kami dibawa sdr.Manzlie melihat-lihat sekitar bilik-bilik hotel (masa itu ia belum dipenuhi pelanggan).Ianya cukup indah dan menarik. (Patullah bayaranya SR 10,000 untuk sepuluh hari penginapan) Kemudian kami dibawa masuk ke sebuah bilik ditingkat 21 dan bergambar berlatarbelakangkan kaabah yang jauh kelihatan dibawah.(terima kasih kepada sdr.Manzlie kerana menyiarkan gambar-gambar itu di dalam blognya)

                                        Tetamu istemewa ………menikmati.hati unta

          Sebelum berpisah,kami,kebilik penginapannya dan menjadi tetamu istemewa unuk menikmati sarapan pagi.Kami di hidangkan kek,curruypuff minuman kopi Radix dan yang paling istimewa nya disajikan semangkuk ‘Hati Unta ‘. .Ianya cukup enak dan kami menjilat jari dibuatnya..Kenangan di sini tidak dapat kami lupakan selama-lamanya.
                                

                                          

                                            Bersama Saudara Norawi                    

                      

                                            Jinak-jinak merpati diluar masjid

16hb Nobembeer,2009 (Isnin) Sebaik sahaja selesai menunaikan isolat subuh, kami bertemu jiran sebelah rumah ,yang datang lebih awal ke Makkah iaitu  saudara Norawi..Kami menjadi tetamunya untuk sarapan pagi dengan teh panas dan kek di sederet kedai berhampiran Masjid Kucing.

                                                  

                                         Menziarahi  Mak Ngah Mas         
           Pada jam 10 pagi aku dan isteri dijemput  oleh Sdr Ismail untuk dibawa ke rumah emak sepupuku  iaitu Mak Ngah Mas yang telah lama bermastautin di Makkah .Rumahnya terletak  kira-kira lima kilometer dari hotel penginapan kami.(Aku  luipa mencatit nama kawasan itu)) Sekali lagi kami menjadi tetamu istimewa .Kami Di hidangkan nasi minyak arab dan  daging goreng .Menjilatjari sekali,lagi lah kami dibuatnya !

                                       Pemandangan diluar rumah Mak Ngah Mas


         Kami bertukar-tukar cenderahati dan dihantar pulang ke hotel menjelang waktu zohor..

       Kami telah menjadi tetamu Allah,dan juga tetamu orang-orang yang dikurniakan rahmatnya. Syukur  Alhamdullillah !

~ by Abu ash on January 28, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: