Wrestling smack down persis PRK Manik Urai

Pilihan Raya Kecil Manik Urai telah pun berakhir.Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang mempertahankan kerusi telah ditentang oleh calon Umno,Tuan Aziz Tuan Mamat. dan berkesudahan dengan calon Pas berjaya menewaskan calon Umno dengan kelebihan undi yang tipis iaitu sebanyak 65 undi.

Tiga hari kemudian , iaitu pada 17hb Julai,2009 , satu pertandingan “Wrestling Smack Down”telah diadakan dan dapat disaksikan melalui You Tube.

Pertandinagn ini telah di adakan di North Carolina State University,Amerika Syarikat iaitu di antara juara heavy weight John Morrison ditentang olah C M Punk.

Apa yang menarik tentang pertandingn ini ia adalah persis pertandingan kedua-dua orang calon parti politik di Manik Urai.

John Morrison yang berseluar panjang persis Mohd Fauzi Abdullah,calon Pas manakala C M Punk yang berseluar pendek ketat persis Tuan Aziz Tuan Mamat.

Ternyata kedua-dua orang yang bertanding mempunyai kepandaian dan tektik masing-masing.Mereka mempunyai peminat dan penyokong yang ramai. Sama lah juga keadaannya di Manik Urai sebelum ini,iaitu pada 14hb,Julai 2009.

Di saat akhir pertandingan kita dapat disaksikan yang John Morrison kelihatan akan tewas kepada C M Punk tetapi pengalaman dan tektik lincah John Morrison telah memberikan kemenangan kepada beliau di saat-saat terakhir (split second victory) iaitu dalam masa kira-kira 6.5 saat.Di Manik Urai Mohd Fauzi Abdullah menang dengan kelebihan 65 undi.

Dan yang lebih menarik dalam pertandingan wrestling tersebut,sebaik sahaja beliau diumunkan pemenang,John Morrison menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan C M Punk , namun tidak di sambut oleh C M Punk.Beliau terus sahaja turun dari gelanggang.Sikap begini mencerminkan bahawa C M Punk tidak mempunyai “Sporting spirit”

Samalah juga keadaannya di Manik Urai,penyokong dan pemimpin Umno awal-awal lagi telah meninggalkan pentas tanpa sempat mengucapkan tahniah kepada Mohd Fauzi.

Dimanakah silapnya sikap begini dalam budaya kita?

Seperti yang digambarkan oleh Kickdefella di dalam blog beliau bertajuk”Analisa Manik Urai: Cakap malam pandang-pandang , cakap siang dengar-dengar” antara lain beliau menulis;

” Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka. “

dan kemudian sambungnya lagi,

” Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.

Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.

Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.

Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.

Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO. “

Begitulah juga yang berlaku di North Carolina State University,jaguh gusti John Morrison akhirnya berjaya memperolehi kemenangan manis setelah berjaya mengalahkan C M Punk yang begitu ghairah hendak merebut kejuaraan,tapi akhirnya kecundang .

~ by Abu ash on July 21, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: