Melancong Ke Selatan , ke Pulau Bali

Pada 13 hb.Julai,2006 aku bersama rombongan keluarga berangkat ke Bali dengan Air Asia
dan berada di sana selama tiga hari dua malam

Berikut adalah cacatan perjalanan dan pengambaraan kami sepenuhnya.

13hb.Julai.2006.( Rabu )

Kami berlepas dari Lapangan Terbang LCCT dengan pesawat Air Asia tepat pada jam 7..00 pagi untuk memulakan lawatan ke Bali selama tiga hari dua malam.Rombongan kami mengandungi sembilan orang kesemuanya,enam orang ahli keluarga dan tiga orang sahabat karib.

Pada jam 10.00 pagi (selepas tiga jam penerbangan) pesawat mendarat di Ngurah Rai,Lapangan Terbang Antarabangsa Bali yang terletak dekat Tuban.Sebahagian dari landasannya mengunjur ke laut.

Kami disambut oleh Pak Wayang,pemandu van dan juga pemandu pelancong untuk membawa kami ke Hotel Karthi,di Jalan Kartika Plaza,Kuta,Bali .’Di situ lah kami menginap..Kami melalui dan meyusuri jalan tepi laut sehingga ke Tugu Peringatan mangsa pengeboman Bali pada 2002 .

Dipintu masuk ke Pantai Kuta

Petang itu kami terus sahaja meyusuri Jalan Kartika Plaza dan persekitaranya untuk melihat-lihat pusat-pusat jualan serta aktiviti setempat.Pada sebelah malamnya kami terus juga keluar dan meninjau kawasan persekitaran dan akhirnya setelah keletihan, kami melepak sahaja sambil minum-minum di Starbuck Cafe.

14hb Julai.2006. (Khamis)

Sebaik sahaja semuanya selesai mengambil sarapan pagi,kami terus dibawa Pak Wayang menuju Ubud.yang terletak kira-kira 34 kilometer dari Kuta.

Di sepanjang jalan terdapat bebagai-bagi pusat kraftangan dan industri desa.Dari jenis anyaman,ukiran,kerja kayu,ukiran batu dan banyak lagi.Apa sahaja bahan yang ada di Bali,dijadikan sumber kraftangan dan inilah kerajinan dan keistemewaan yang terdapat di Bali.Ia tidak dapat ditandingi karya-karya di Bangkok,apalagi jauh sama sekali dari Malaysia

Kadangkala kami bertempik atau berteriak seronok dari dalam van bila melihat sesuatu yang begitu memukau.Maklumlah kami tidak berpeluang hendak singgah disetiap pusat kerajinan kraftangan yang ditemui. Di sepanjang perjalanan,keadaan riuh rendah .Pak Wayang selamba sahaja memandu.Beliau sudah biasa dengan gelagat pelancong seperti kami..

Dalam perjalanan ke Ubud

Kami singgah di Pasar Ubud,membeli kebanyakkan nya cenderahati dan T-shirt kenangan.Kemudian kami berhenti disebuah Pusat Batik .Di sini kami banyak berbelanja memabeli baju-baju batik ciptaan masyarakat Bali.Ada bajunya mencecah kos sampai 400,000 rupiah!

Gedung Batik di Ubud

Di Tegalalang,Ubud, menuju ke gunung

Kami tiba di Kitamani hampir jam 12.30 tengahari. iaitu selepas sejam perjalanan melalui jalan berliku di kawasan pergunungan. Kami hanya sempat melihat selama limabelas minit sahaja lembah serta lereng gunung yang di tutupi abu hitam serta belerang akibat letusan gunug berapi berdekatan.Kemudian kabus putih yang tebal menutupi semua pemandangan di situ.

Kabus tebal di Kitamani

Selepas makan tengahari direstoran yang terletak di atas gunung ,kami solat Zuhur di ruang yang disediakan.Airnya begitu sejuk dan,ramai yang mengiggil ketika berwuduk.

Kolam mandi suci (Holy bath)di Tirta Empe

Pada jam 2.30 petang itu van menuruni gunung menuju Tampak Siring, yang dikelilingi teres sawah padi.Di atas bukit yang menghijau terletak istana bekas Presiden Sukarno.Tidak jauh dari situ terdapat Tirta Empe ,kawasan kuil suci .Kami menghabis banyak masa di kawasan persekitaran, kuil suci ,kolam mandi untuk bernazar (bagi penganut Hindu di Bali) dan beberapa batang kali.Dulu dikatakan gadis dan wanita mandi di situ tanpa pakaian. .

Sesudah membeli belah sedilit di kawasan lapang berhampiran, kami terus melalui perkampungan di kawasan timur Pulau Bali menuju Batubulan. Perjalanan van kami terhalang oleh satu perarakan besar sempena meraikan Festival Bulan. (Khabarnya ia di adakan setiap duakali sebulan menjelang bulan mengambang) Beratus kanak-kanak,gadis dan wanita muda serta yang sudah tua berarak di jalanraya, lengkap dengan pakaian tradisional..Hampifr sejam kami terhenti di situ,akhirnya Pak Wayang menghala van melalui jalan alternatif menuju ke Batubulan.

Inilah bentuk persembahan yang telah kami saksikan

Kami tiba di Batubulan lewat jam 6.30 petang. dan sesudah membeli tiket dengan harga 90,000 rupiah seorang,kami masuk ke pentas untuk menyaksikan Persembahan Tarian Garong.Malam itu kami disajikan dengan persembahan yang manarik selama dua jam.

Kami meninggalkan Batubulan pada jam 8.30 malam dan terus ke Jimbaran Bay untuk makan malam.Suasana tepi laut amat nyaman dan kami dihiburkan oleh pemuzik-pemuzik muda sambail menikmati ikan bakar segar.

Di Jimbaran Bay,menikmati ikan bakar dan alunan muzik

Kami kembali kehotel pada pukul 11.30 malam,kepenatan,tapi terujua dengan pelbagai kenangan.

15hb.Julai.2006 – (Jumaat)

Di sebelah paginya kami keluar membelibelah buat kali terakhir di Pasar Kuta.Kemudian pada jam 11.00 pagi terus bertolak ke Tanah Lot yang terletak 40 kilometer dari Kuta.

Di tepi pantai indah Tanah Lot

Ini adalah kawasan peranginan tepi laut yang indah dengan ombaknya yang sentiasa melambung kemudian mengelusur turun dari hamparan batu ditepian.Terdapat kuail-kuil Hindu di bina diatas bungkah batu yang besar ditepi laut.Di kiri kanan jalan menghala ke terpi laut di penuihi para penjual pelbagai barang cendrahati.

Pada jam 2.petang kami meninggalkan Tanah Lot ,dan selepas makan tengahari di sebuah restoran yang menyediakan makanan halal dan ruang untuk solat, kami terus menuju ke lapangan terbang Ngurah Rai untuk kembali ke Malaysia.

Natrabu – Restoran Minang

Tepat jam 8.00 malam ,kami berlepas.Seketika kami sempat melihat pemandangan bandar-bandar di Bali,terutamanya Denpasar dan persekitaranya bermandikan cahaya.Kami tiba di LCCT jam 11.00 malam.

Pulau Bali dan semua kenangan indah disana sudah berada jauh dari kami namun hati masih terusik dan terasa bahawa satu hari nanti kami akan kembali buat kali ke-dua.

Bali memang luarbiasa dan mengamit hati semua orang yang mengunjunginya !

~ by Abu ash on June 25, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: