Alam baru di Kota Bharu

Rumah di Kg.Gajah Mati,Jalan Sultanah Zainab.Keunikan rekabentuk dan
ukiran dalamannya terus terpelihara
.
Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Garong

Bersama adik dan sepupu di ihadapan rumah di Jalan
Sultanah Zainab. (1953)Di sinilah kami belajar mengayuh basikal !

Pemandangan dari depan Bazar Buluh Kubu.Di bawah pokok
celagi besar itu asalnya terletak Pejabat Pelajaran lama
dan Bank Pitis.
Istana Balai Besar terletak di sebelah kanan dan
Masjid Muhammadi
di belakang

Dinding kota di belakang Istana Balai Besar

Asalnya Jalan Hulu Kota

Bazar Buluh Kubu.(Tapak asal rumah tempat kami
mula-mula berpindah ke KB,(1953 )

Buluh Kubu
Sudah menjadi tradisi agaknya, buat kali ketiga ayahku berpindah lagi.Kali ini ke utara iaitu ke Kota Bharu.Aku didaftarkan di Darjah Tiga ,Sekolah Melayu Padang Garong manakala kedua-dua kakakku di Sekolah Melayu (Perempuan) Merbau.


Kami tinggal di Jalan Hulu Kota ,Buluh Kubu ( Kini terletaknya Bazzar Buluh Kubu) iaitu di sebuah rumah bersebelahan dengan rumah seorang keluarga ayahku.Di situlah aku mula bergaul dengan anak-anak orang kota dan merasai perubahan alam serta persekitaran yang jauh bezanya dari yang dulunya terdapat di Bachok ,di Kuala Krai dan di Machang. Keadaan rumah-rumah dan kedai di sini terlalu sesak dan dipisahkan dengan lorong-lorong yang sempit dan selalu becak dimusim hujan .

Kampung Gajah Mati
Sebulan kemudian,kami berpindah ke sebuah rumah yang lebih selesa terletak di Kampung Gajah Mati,Jalan Sultanah Zainab, Ia bersebelahan pula dengan rumah bapa saudaraku tang terletak beberapa meter sahaja dari Sungai Kelantan. Rumah beliau agak besar dan diperbuat dengan menggunakan kayu cengal.Bentuk dan ukiran-ukuran Melayu tradisionL jelas kelihatan dari dalam atau luar rumah (Hari ini rumah pesaka itu masih berdiri megah dan dapat dilihat dari tepi Jalan.Sultanah Zainab) Deruan enjin bot-bot penumpang jelas kedengaran pada setiap hari dari arah sungai.

Di situ lah aku mula berkawan dengan anak anak yang tinggal di rumah rakit. Boleh dikatakan dua tiga kali seminggu aku bermandi manda di tepi sungai terutama setelah pulang dari sekolah.(Anehnya sehingga hari ini aku belum mahir berenang)

Lori tangki.
Sekolahku tidak lah begitu jauh .Aku hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk sampai dengan berjalan kaki. Selalunya aku ditemani kanak-kanak lain.Di jalan menuju ke Medan Tuan Padang ,di mana kami selalu bermain bola (kini terletaknya Menara Jam ) terdapat satu kawasan di mana tong-tong najis di himpun pada sebelah malamnya dan kemudian akan di angkut oleh sebuah lori tangki khas pada awal pagi.

Setiap pagi kami mesti melepasi kawasan itu pada pukul tujuh dan kalau tidak perjalanan kami akan dihantui lori tangki itu. Pengalaman pahit yang biasa kami tempuhi ialah apabila lori berkenaan melepasi kami .Bayangkan lah bau pahit udara di sekitar.Kami terpaksa menutup hidung dan mulut,menahan nafas.Sekali sekala sesak nafas kami semua dibuatnya.

Anak-anak hari ini amat bernasib baik kerana tidak lagi dihantui lori tangki yang sarat dengan tong-tong najis namun begitu mereka banyak diganggu oleh deruan enjin motorsikal dan aksi-aksi liar Mat-rempit !

Basikal

Satu pengalaman yang paling menarik aku dan kakakku tempuhi semasa di Kampung Gajah Mati ialah ketika kami belajar mengayuh basikal.Setiap minggu kami berkongsi menyewa basikal kecil dengan wang saku kamiSatu jam dikenakan bayaran duapuluh sen bagi sebuah basikal.Paling lama kami menyewa dua jam atau dua buah basikal.

Aku masih ingat, pertama kalinya aku duduk di atas basikal,kakak-kakakku menolak sahaja .Laju dan kuat !Basikal meluru kehadapan.Aku tidak mahir mengawal handle dan breknya.Jadi rempuh sahaja apa yang ada di hadapan.Ada kalanya aku merempuh pokok bunga.Ada kalanya masuk ke bawah rumah melanggar tiang kayu.Hilai ketawa dan suara riuh rendah kami tidak asing lagi.Kaki dan lutut aku sentiasa tercalar. Luka juga dibuatnya Sesetengah paruntya kekal kehari ini.Sama juga lah dengan gelagat kakak-kakakku.

Semuanya berbaloi.Sebulan lamanya kami mula pandai mengayuh basikal.Aku mula meyusuri jalan-jalan di Bandar Kota Bharu,namun setiap kali ketika hendak melintasi simpang jalan ,aku turun . Menolak sahaja basikal !

Anak-anak hari ini terus sahaja mengayuh basikal atau memecut motosikal .Ada yang terus belajar memandu kereta.Namun tidak seperti kami , mereka tidak melalui pengalaman pahit manis,keringan dan rasa kemanusiaan bersama ahli keluarga semasa belajar mengayuh basikal. Hanya dengan sebuah basikal kecil !

~ by Abu ash on April 3, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: