Close encounter 2

Gambaran artis mengenai ” Close encounter 2 “

Masih aku ingat .Aku baru sahaja tamat darjah satu di Kuala Krai,apabila ayah berhijrah lagi.Kali ini ke Bandar Machang. Jadi kami semua bertukar sekolah lagi ia itu ke Sekolah Melayu Machang.

Seperti juga di Kuala Krai,kami terus sahaja menyewa sebuah rumah kampung di Jalan lama Tanah Merah.Jarak dengan sekolah dan pasar di bandar Machang lebih kurang tiga kilometer. Aku dan kedua-dua kakakku berjalan kaki sahaja ke sekolah sama seperti murid-murid lain di kampung.

Di Machang , perjalanan hidupku juga penuh dengan kenangan suka dan duka. Banyak pengalaman dipelajari di sini Di antaranya adalah seperti yang berikut:

1. Sungai Kitam.
Boleh dikata kan hampir setiap minggu kanak-kanak sekolah serta muda mudi berkunjung ke Jambatan Sungai Kitam untuk mandi manda.Jambatan itu terletak hampir empat kilometer dari rumahku. ( Jambatan itu terletak berhampiran persimpangan lampu isyarat menuju ke Kota Bharu ,Grik dan Pasir Puteh .)Airnya jernih dan kawasan sekitarnya indah.

Kami selalunya ke situ pada waktu tengah hari.Di situ lah kedengaran jerit pekik dan hilai ketawa para pengunjung.Yang pandai berenang mandi manda dan beraksi di kawasan yang lebih dalam.Aku hanya menyusuri kawasan yang lebih cetek .

Kini sungai itu sudah berubah wajah .Ia hampir kering dan ditimbuni benteng-benteng pasir. Hilai ketawa anak-anak sudah tidak kedengaran lagi.Bunyi bising kenderaan yang banyak telah mengambil alih senario di sekitarnya!

Yang tinggal kini, hanyalah memori lama di Sungai Kitam !

2. Di hukum

Telah menjadi satu kebiasaan, murid-murid bermain urat getah yang boleh dibeli di. kedai-kedai dalam Bandar Machang.Aku tidak terkecuali.Seperti di Kuala Krai,aku cepat bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya.Aku ikut bermain urat getah dengan rakan-rakan terutamanya selepas pulang dari sekolah.Kami singgah di kawasan rumah kedai untuk bermain.

Suatu pagi aku di panggil oleh Guru Besar.Encik Yusoff namanya. Aku didakwa melanggar arahan pihak sekolah kerana bermain urat getah.Aku mengaku sahaja. Sebagai hukumannya. aku disebat dipunggung dengan tiub getah basikal sebanyak tiga kali. Aku menangis teresak-esak kerana kesakitan Kakak memapah aku keluar dari bilik guru besar perlahan-lahan.Aku malu dan menyesal.

Itulah kali pertama dan terakhir dalam hidupku ,aku menerima hukuman semasa bersekolah!

3. Terserempak dengan “Hantu”( Close encounter 2)

Aku menyertai pasukan “Anak Srigala” (Wolf Cups) .Dua kali dalam seminggu kam mesti hadir ke sekolah untuk latihan, iaitu di sebelah petang.

Suatu petang, kira-kira jam 2.30 , aku dengan seorang rakan yang bernama Mokhtar bergegas kesekolah . Kami mengikuti jalan pintas. kerana jarak kesekolah tidakk sampai pun dua kilkometer.Jalan yang kami ikuti itu terletak di kawasan kebun getah yang dipenuhi semak samun. Ada sebatang alur sungai yang cetek terpaksa kami harungi .Airnya jernih dan di situ sekali sekala kami menangkap ikan-ikan sepilla untuk dipelihara.

Petang itu cuaca terang.Kami berjalan dan setiba di satu kawasan di mana biasanya lembu disembelih untuk dijual dagingnya di pasar ,kami terserempak dengan satu lembaga.Ia agak tinggi, iaitu lebih enam kaki,berjubah putih, dan rambutnya nampak kemerah-merahan . Ia berdiri tegak di atas tunggul getah.Wajahnya kami tidak dapat lihat dengan jelas.Kami mengendap di sebalik batang pokok getah.
Bulu tengkok aku mula meremang,dan muka kami pucat.Kami tidak berkata- apa-apa.
Kami benar=benar yakin lembaga itu adalah…..…Entah macam mana aku dan Mokhtar secara sepontan menyebut “HANTU !” dan secepat kilat pula kami berdua cabut lari pulang kerumah masing-masing.

Aku meluru dan merangkak di bawah pagar duri.Akibatnya bajuku terkoyak di bahagian belakang.Mokhtar hilang entah kemana

Kami tidak hadir untuk latihan pada hari itu. Hampir dua bulan kami tidakmengikuti jalan pintas itu Selepas itu kami hanya melaluinya dalam kumpulan empat atau lima orang.

Hari ini sekiranya Mokhtar masih berada di Machang dan aku dapat menemuinya sudah pasti soalan pertama aku ialah ;”Masihkah kau ingat…! ”

Dua minggu kemudian kami berpindah ke sebuah rumah yang lebih besar dan cantik (kini terletak berhampiran Pejabat Bomba dan Penyelamat Machang)

3. Keindahan alam sekitar dan darurat
Sebagai anggota “Home Guard”, ayahku seringkali keluar rumah pada waktu malam untuk meronda bila terdapat maklumat bahawa ada kominis cuba meyusup masuk ke kampung Beliau selalu pulang kerumah pada jam empat atau lima pagi.Ada kalanya diwaktu subuh!

Disekitar rumah inilah aku sering sahaja bermain-main di sebatang anak sungai,memungut siput untuk dibuat gulai.Kakak-kakakku pula selalu ke bendang padi mengail ikan sepat atau pepuyu.Adakalanya hanya untuk mengutip dan bermain-main dengan batang-batang jejuluk.

Sememang nya suasana dan perjalanan hidup kami di Machang sentiasa segar dalam ingatan!

Agak menyedihkan apabila hari ini kami melihat masih ramai anak-anak yang masih “terkonkong” di dalam rumah-rumah banglo besar,di kondomodium tinggi ,di rumah-rumah flat dan di kawasan setinggan. Mereka tidak bernasib baik dan tidak dapat menikmati corak serta suasana alam seperti yang telah kami lalui.

Alam mereka banyak dihimpit dan dikorbankan untuk kepentingan orang dewasa!

Aku teringat senikata lagu “The green-green grass of home ” dan lebih-lebih lagi kehidupan anak-anak di dalam filem terkenal…”Little house on the Prairie”
Tidak kurang juga dengan “Anakku Sazali…!”

~ by Abu ash on March 2, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: