Rantau Panjang – revisited

Sepi…………..beberapa buah rumah kedai tinggal kosong

Pekan lama Rantau Panjang.-

Berdoa …memohon rahmat untuk ayahanda dan bonda

Kawasan Perkuburan Rantau Panjang

10 hb.Februari 2009 (14 Safar 1430)
Pada jam 10.30 pagi, aku dan isteri bertolak ke Rantau Panjang.
Ini adalah lawatan kami yang pertama setelah bandar itu di landa banjir pada bulan Disember yang lalu.

Setiba di bandar itu hampir sejam kemudian ,kami terus ke Kawasan Perkuburan kerana agak sudah lama kami tidak menziarahi pusara kedua-dua ibubapa isteriku.Suasana di kawasan itu tidak seceria dulu kerana ia baru sahaja pulih dari banjir.Pokok-pokok rendang yang hijau serta pokok-pokok bunga yang menghiasi kebanyakan pusara di situ tidak banyak yang kelihatan lagi.Banyak yang dirosakkan oleh arus banjir .

Tanah perkuburan itu terletak di tepi tebing Sungai Golok.

Kami berdoa memohon agar tuhan mencucuri rahamat keatas roh kedua-dua ibubapa kami. Juga kepada roh semua muslimin dan muslimat .yang telah lama bersemadi di situ.

Terasa benar betapa sunyinya di persekitaran pusara-pusara di situ.Ini menginsafkan kami bahawa kami pun di suatu hari nanti akan di semadikan di tempat yang seperti ini juga. Terfikir juga sejenak apakah suatu hari nanti apabila kami disini,anak-anak akan menurut jejak langkah kami ,menziarahi dan berdoa untuk ibubapa mereka..

Entahlah! kami telah mendidik mereka supaya menghormati serta menyayangi orang-orang tua

Semua kenangan lama bersama ibubapa kami bermain-main di fikiran kami.Seagala-galanya terasa masih baru Terasa sayu semasa hendak melangkah keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.

Kami terpaksa keluar juga!..

Tepat jam 12.00 tengah hari kami menghadiri satu majlis Bacaan Doa Selamat di Pekan lama Rantau Panjang. Pekan ini saolah-olah terpisah dari bandar Rantau Panjang.Suasana di sini sepi dan tidak terdapat aktiviti ekonomi yang aktif berlaku.Ia yang terletak disebelah kiri landasan keretapi ,dan terpaksa memberi laluan kepada pembinaan Komplek Imigresen Rantau Panjang.

Pekan lama Rantau Panjang sudah kelihatan sebagai sebuah pekan “Cowboy” walaupun maseh terdapat tiga bangunan kerajaan iaitu Balai polis Rantau Panjang,Bangunan perumahan Kastam DiRaja,dan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang termasuk Projek Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2 (Masih dalam pembinaan)

Kami singgah untuk melihat projek Sekolah Kebangsaan 2 yang masih dalam pembinaan.Di tapak projek ini asalnya terletak rumah keluarga. Di sinilah kami selalu berhimpun.dan bersama ibubapa mejalani Perayaan Hari Raya dan sebagainya.

Hari ini,bentuk persekitaran dan rumah yang ada sudah tidak kelihatan lagi.

Setiap kali kami melintasi kawasan ini,.Ia mengores perasaan kami……….

“Sentimental value”nya masih kekal di sini !


~ by Abu ash on February 11, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: