Kuala Lumpur lagi !

Balai Seni Lukis negara – the photo speak itself
Sungai Tekala: Airnya kekuningan – jangan sampai tertelan !

Anak-anak riang diair ,…tidak mengerti bahaya disebalik keruhnya !

Ada yang terpaksa bertenggek di tepi sungai.

24 Januari 2009(Sabtu):
,Aku dan isteri ke Kuala Lumpur ,menziarahi anak-anak dan keluarga disana.
Ini adalah kunjungan yang kedua pada tahun ini dan di awal Hijrah 1430.

25Januari 2009(Ahad):
kami menziarahi kakak di Serdang yang masih uzur akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya nampak semakin baik berbanding sebulan dua yang lalu.Kami bersalaman dan berpelukan mesra . Kami berbual dan bercerita hal-hal keluarga seperti kelazimannya.

Petang itu kami tidak minum dan makan di situ. Aku benar-benar simpati dengan keadaan kakakku waktu itu. Ia keseorangan dirumah .Cucu lelaki yang selalu menemaninya entah kemana. .Abang iparku pula keluar rumah .Pembantu rumah dari Indonesia telah melarikan diri sejak seminggu sudah.Rumah itu sepi dan suasana tidak seceria dulu.

Aku memikirkan tentang diriku.Apakah nanti aku akan mengalami suasana begitu juga .Anak-anak tinggal berjauhan. Ternyata kakakku sungguh kesepian! Adalah tidak kena betul apabila ibu bapa sudah tua terpsksa mengalami suasana hidup begini..Apalagi ketika berada di penjuru akhir hidupnya.

Di negaraku tercinta…..masih ramai ibubapa yang menghadapi suasana hidup begini.

Malam itu kamiu menziarahi pula adik perempuanku. Beliau adalah seorang ibu tunggal dan telah bersara.Tidak seperti dirumah kakakku tadi,disini suasana hiruk pikuk pula .Anak-anaknya,menantu dan cucunya ada bersama untuk makan malam.Suasana cukup ceria Sayangnya, kakakku tidak bersama disini untuk bekongsi kerceriaan i

Ternyata, dunia nya jauh berbeza.

26 Januari 2009 (Isnin):
:Kami di bawa anak bongsu perempaun berkelah di Sungai Tekala,Semenyih.Kami tiba di situ lewat tengah hari.Pengunjung begitu ramai.,dan kami terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk mendapatkan ruang letak kereta.
Kami terpaksa duduk bertenggek ditepi sungai. Tidak ada pilihanSemua kawasan dipenuhi orang ramai .

Kawasan dan suasana di sungai itu indah.Ia teduh dikelilingi pokok-pokok hutan..Namun begitu aku tidak tergamak untuk turun mandi di sungai,walaupun terdapat ramai orang yang berbuat demekian . Jelasnya , air sungai itu tidak lagi jernih berhabuk dan mengandungi sampah!. Aku terfikir, bayaran masuk seringgit dengan jumlah pengunjung yang begitu ramai tidak lah sukar bagi pihak pengurusan hutan lipur itu membersih dan mengelokkan lagi kawasan itu.Bilik-bilik persalinan juga kurang bersih dan kuat berbau !

Semasa disitu, aku sepatutnya relaks , tetapi sebaliknya hatiku gelisah dan hampa!

Kami pulang dan selepas melewati dua perkuburan besar,Buddha dan Kristian, ,kami singgah disebuah mesjid untuk menunaikan solat.Kawasan mesjid itu lengang dan tidak berpenghuni.Hanya dua keluarga sahaja yang kami dapati singgah untuk menunaikan solat.
Kebanyakan yang lain memandu laju melepasi kubur dan mesjid,.

Mereka seolah-olah lupa bahawa sudah ramai orang yang mati dan disemadikan dekat situ!

27 Januari 2009(Selasa) :
Kami menziarahi adik perempuan di Setiawangsa .Selepas makan tengah hari
,kami sempat singgah di Balai Seni Lukis Negara.Aku agak hairan selain beberapa orang perkerja di escalator,penyambut tamu dan pengawal tidak terdapat pengunjung lain di situ. Hanya kami bertiga ! Bilik-bilik pameran atau galeri-galeri lengang dan lesu.Lukisan-lukisan dan karya-karya seni lain semuanya kelihatan sugul…tidak ceria barangkali kerana tidak ramai peminat yang hadir.

Aku sempat menurunkan tandatangan di sebuah buku pelawat di salah sebuah galeri.Aku dapati hanya ada empat orang saja pelawat termasuk aku yang menandatangani buku itu.Aku berfkir , empat orang sahaja pada hari itu! Bangunannya besar , indah dan menarik. Bahan pameran banyak ,tetapi bilangan pengjungnya sedikit. Aku hairan lagi!

Kami kemudian singgah di Rumah Allahyarham P.Ramlee di Setapak. Bagunannya kecil.Bahan-bahan pamerannya tidak banyak tetapi cukup untuk mengimbas kembali zaman keagungan P.Ramlee. Sungguh nostalgik! Walaupun masa melawat berbaki setengah jam lagi aku dapati masih terdapat beberapa keluarga yang baru tiba! Apakah bilangan pengunjungnya dapat mengatasi Balai Senilukis Negara ?

Aku kurang pasti ………dan hairan lagi!

30 Januari 2009 (Jumaat):
Kami tiba kembali, ke Kota Bharu.Terasa segar disentuhi angin dingin.Malam hari masih terasa sejuk. Lima hari di KL terasa amat panjang waktunya. Seperti biasa kami mengunjungi mesjid setiap malam.Pengunjungnya ramai,malah lebih ramai dari yang kami dapati di Balai Senilukis Negara dan Rumah Kenangan P.Ramlee. Disini kami teruja dan tenang.Syukur pada Tuhan!

Suatu ketika ,aku memberitahu isteriku yang kami mungkin ke Kuala Lumpur lagi pada bulan April nanti. Dia tidak berkata-apa-apa ,tapi matanya terbuka luas.

Dalam hatinya mungkin terungkap kata-kata ,”Kuala Lumpur lagi !”

~ by Abu ash on January 31, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: