Alam persekolahan yang unik

Alam persekolahan awal adalah pengalaman yang cukup bermakna bagi seseorang..Seperti kanak-kanak lain , ketika itu aku berusia tujuh tahun.Sebelum memasuki darjah satu secara rasmi ,aku ditumpangkan dahulu di Sekolah Melayu Bacok .Guru Besar sekolah itu adalah kenalan rapat ayahku , Aku hanya “menumpang” sealama dua minggu sahaja.

Tidak seperti kanak-kanak lain ,awal persekolahanku adalah unit . Selama enam tahun aku melalui enam buah sekolah di beberapa jajahan.Ia memang seronok dan mengajarku erti kehidupan di lokasi yang bebeza dengan manusianya yang serba berlainan.Ini yang mencorakkan perwatakan dan trend hidup aku untuk “survival”.

Kesemua pengalaman dan senario persekolahan ini masih segar dalam ingatan :

Kuala Krai – Awal persekolahan , penuh kenangan
Macang – Darjah dua ,yang mengajarku erti disiplin hidup.
Kota Bharu – Darjah tiga. Bermulanya kehidupan manusia bandar
Tumpat – Darjah empat . Dunia buruh dan nelayan
Jelawat – Darjah Lima . Melalui kehidupan petani,penuh tradisi
(Bacok)
Kota Bharu – Darjah enam -menghadapi persaingan kesekolah menengah|

Di Kota Bharu lah aku mula mengharungi liku-liku hidup sebenar yang banyak ‘mendewasakan” dan mengajar aku erti kemanusiaan…….dan di sini lah aku menghabiskan sisa-sisa hidup terutama sekali bila sentiasa mengadap tuhan dan memohon.keampunan dari Nya

Itulah aku!

~ by Abu ash on January 21, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: